Thursday, 3 November 2011

How Confident Has Changed My Life

Assalamualaikum.,
I'm just an ordinary girls, Tak ada benda yang menarik pasal saya.Ketika saya masih kanak-kanak saya berani untuk melakukan apa sahaja. Yela kan, Kanak-kanak..mana lah nak fikir benda baik or buruk ni. Semua benda tu Baik je baginye.. Semuanya indah , menarik dan mencabar untuk diterokai.

But as i grow, my confident tambah lama tambah down. Sampai satu masa tu confident level saya turun ke paras -10!! Just imagine how an teenager macam saya have to survive dengan segala macam masalah, konflik diri dan juga cinta!!  i cant deny yang saya juga pernah ber'couple'. hrmm..betul la kata orang yang cinta ni buta. saya hanyut dengan cinta sampai saya lupa akan pelajaran, hormat kepada ibu bapa and so on..Teruk kan??

I felt sangat useless dan tak guna bila 'him' tinggalkan saya. Bagi saya dia lah satu-satunya lelaki yang sesuai dengan saya. Selama setahun saya hidup macam mayat hidup. Saya rasa macam jiwa saya dah lari. Dah hilang. Feel kekosongan dalam diri. Saya tahu kumbang bukan seekor, tapi kadang-kadang kumbang yang seekor tu la yang kita nak sangat kan?

Keyakinan saya hilang!! Saya sentiasa berfikir.."aku tak cantik kah??" Tak bijak kah? tak cukup seksi kah??

Since dari tu, apa kerja yang saya buat semua tak jadi. Assignment memang tak selalu tak hantar, pelajaran merosot, termenung sepanjang hari, dan saya juga pernah main-mainkan perasaan lelaki!! I make them berharap kat saya then saya tinggalkan mereka! Kira macam nak balas dendam la. Jahil kan saya ni? Di sebabkan nila setitik tumpah, rosak susu sebelanga.


Relationship saya dengan rakan-rakan lain jadi regang. Saya sentiasa berfikiran negative. sentiasa berasa terasing walau pada hakikatnya mereka tidak pernah mengasingkan diri dari saya. Itu lah yang saya kata low confident yang sangat melampau-lampau. Saya juga selalu sakit mungkin di sebabkan pressure  yang saya sendiri ciptakan dan rasa bersalah pada diri kerana mempermain-mainkan perasaan orang lain.

Kemudian , datanglah seorang hamba allah kepada saya. Dia merupakan seorang kenalan saya dari bangku sekolah lagi. Dia lah satu-satunya orang yang tahu masalah saya. Everything is in her hand. Dia tahu saya kekurangan keyakinan diri. Dia banyak membantu saya dalam membina keyakinan diri. Membina perhubungan yang baik dengan orang lain. Membina semangat dan juga banyak juga membantu saya dalam menjalinkan semula saya dengan allah. Saya di bawa ke usrah-usrah dan ceramah-ceramah motivasi dengan harapan jiwa saya tidak lagi kosong, keyakinan saya tdak lagi berada di tahap sifar dan sentiasa berfikiran positive di sampiang dapat memajukan lagi diri ke tahap yang lebih baik.


Alhamdulillah,
Setelah setahun saya merawat hati dan perasaan, keyakinan itu kembali ada dalam diri saya. Keyakinan itu bukan sahaja di takrifkan sebagai keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai or whatever.But Keyakinan yang saya cari adalah keyakinan untuk meneruskan hidup, dan juga keyakinan kepada allah. Allah tak kata pun kehidupan di dunia ni senang but HE promise yang dia sentiasa ada di sisi kita ketika kita susah atau senang.

Kini, everything berjalan dengan lancar. Saya dapat menyambung pelajaran saya pada peringkat ijazah, Relationship saya dengan rakan-rakan bertambah baik dan saya juga telah meminta maaf pada mereka yang pernah saya sakiti hatinya. Saya juga sedang giat memberi motivasi pada rakan-rakan remaja yang lain pada usrah-usrah yang di adakan. Berkongsi cerit, berkongsi pengalaman dan juga berkongsi ilmu. Insyaallah, ia daapat memberi kebaikkan pada mereka. Memang tak masuk di akal kan, seseorang itu akan hilang keyakinan dirinya apabila putus cinta? But itulah realiti. Setiap orang ada cerita masing-masing, ada persepsi masing-masing dalam hidup.

Entry ni saya buat bukannya bertujuan untuk mengaibkan diri sendiri. Tapi sebagai pengajaran pada semua. Kita boleh berubah kalau kita mahukannya. KIta boleh bangkit semula kalau itu yang kita impikan. Kita boleh buat perubahan tu kalau kita percaya kita boleh melakukannya. Semuanya terletak pada tangan kita sendiri. Tepik dada tanya selera.


Apa-apapun kita pelu sentiasa berdoa agar allah sentiasa memberi hidayah dan rahmatnya pada kita. Tunjukkan kita jalan yang lurus dan jangan palingkan kita semula pada jalan yang DIA tidak redhai. Dekatkanlah diri anda pada allah, insyaallah, allah dekat pada kita. INSYAALLAH.

No comments:

Post a Comment