Friday, 21 October 2011

Mati Hati?? Kenapa?!

Assalammualaikum..
Pernahkan anda berasa segala kerja yang anda buat tidak ada maknanya. Kadang-kadang anda rasa anda tidak ada jiwa untuk melakukan sesuatu kerja itu meskipun kerja itu kerja kesukaan anda. Misalnya, anda sangat meminati permainan boa sepak dan anda menjuarai satu pertandingan yang telah anda nanti-nantikan selama ini. Tapi sayangnya, anda tidak merasa gembira akan kemenangan itu. Anda rasa ada something hollow dalam diri anda. Ada something yang missing.. ada something yang belum lagi dapat memenuhi kepuasan hati anda..

Itulah yang dipanggil Mati Hati. Feel hollow and meaningless. Astagfirullah. Kenapa kita berasa begitu? 

  1. Kita mengetahui hak allah. tetapi kita tak menjalankannya.
  2. Kita baca al-quran tetapi tidak mengamalkan isinya.
  3. Kita katakan cinta kepada Rasulullah s.a.w tetapi tidak mengetahui sunnahnya.
  4. Kita mengatakan kita takut mati tapi sedikitpun kita tidak membuat persiapan menuju ke kubur.
  5. Kita berbuat maksiat.
  6. Kita katakan yang kita takutkan neraka tetapi kita dengan suka hati volunterr untuk mencampakkan diri kita sendiri ke dalamnya
  7. Kita selalu kata kita sukakan dan ingin masuk syurga tetapi kita tidak berusaha untuk mesuk ke dalamnya
  8. Kita selalu berkata mengenai keaiban orang lain padahal aib kita sendiri kita simpan bawah katil

Iktibar Untuk Remaja

Assalammualaikum..
Kebelakangan ini saya lihat terlampau banyak sangat maksiat-maksiat yang berlaku di Malaysia. Ohh..bukan sahaja Malaysia, tetapi satu dunia! Astagfirullah..saya berasa kecewa dan terkilan kerana kebanyakkan remaja yang melakukan maksiat itu adalah dari kalangan kaum kerabat saya..saudara se-islam saya. Apakah mereka tahu akan larangan allah? Apakah mereka betul-betul ISLAM ataupun ataupun hanya ISLAM keturunan sahaja? Allah telah memberi kita banyak pengajaran dari kaum-kaum yang terdahulu. Tidak sedarkah mereka yang allah itu Maha melihat lagi Maha mengetahui?

Apakah yang membuat penduduk bumi ditenggelamkan pada zaman nabi Nuh a.s sehingga air sampai ke gunung? Malah anak nabi Nuh sendiri turut lemas ditenggelami air kerana tidak dapat diselamatkan oleh bapanya.

Apakah yang menyebabkan umat nabi Hud a.s (kaum a'd) di pukul angin taufan yang dahsyat sehinga mereka tercampak dan mai bertebaran di permukaan bumi?

Apakah yang mengangkat kampung-kampung kaum Luth sehingga suara salakan anjing dapat di degar oleh malaikat di langit? Lalu allah membalikkan mereka dan menurunkan hujan atu untuk menghancurkan mereka?

Apakah yang menyebabkan kaum nabi Suib a.s. ditimpa azab yang berupa gumpalan awan tebal dan apabila sampai di atas kepala mereka ia mengeluarkan api yang panas?

Semuanya adalah kerana dosa-dosa mereka. Mereka ingkar akan suruhan allah. Mereka ingkar akan ajaran nabi-nabi yang terdahulu. Apakah kita juga mahu seperti itu? Kita mahu allah murka, kita mahu allah turunkan azab, kita mahu allah hancurkan umat kita dahulu barulah kita mahu pulang ke jalannya? Sedarlah wahai rakan-rakanku...

Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud;

"Tidaklah mereka memerhati dan memikirkan, beberapa banyak umat yang telak Kami binasakan sebelum mereka, padahal umat-umat itu telah kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi ini (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan kami turunkan hujan kepada mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawh mereka, kemudian kami binasakan mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka umat yang lain" -(al-An'am:6)

Sudah jelas lagi bersuluh, allah mahu kita jadikan kisah-kisah kaum terdahulu sebagai iktibar. Sudah jelas, allah itu maha berkuasa. Keengganan kita mensyukuri nikmat, akan mengakibatkan hilangnya nikmat itu. Sedarlah saudaraku, masa yang diberikan sudah tidak lama. Takkanlah kita mahu kepala cecah lutut barulah kita ingin berubah? Kita ingin bertaubat?

Perjalanan pulang..

Assalammualaikum..
dulu saya sama seperi gadis pasca merdeka yang lain. Yang sukakan hiburan semata-mata, yang sukakan nikmat hidup di dunia. yang lalai akan tanggungjawab sebagai umatnya. Ramai berkata dunia ini masih muda, ramai berkata dunia akhir zaman masih belum tiba dan ramai juga yang berkata bahawa kita perlulah berfoya-foya untuk hidup bahagia. Saya terpengaruh dan leka.,.sehinggakan suatu hari, seorang hamba allah datang kepadaku dan berkata "awak dah sedia nak masuk neraka ke?". Lidah terkelu, mulut terdiam, hati rasa pilu..Tak tahu kenapa, hati rasa nak luruh..

Kini, saya sedar. I need to change. I learn one quote yang dah merubah segala-galanya. "The man who decide to change on twelve dies on eleventh". Satu quote yang dah sedarkan saya, seseorang yang berhajat ingin berubah on twelve mati pada pukul sebelas. Perasaan menyesal sudah pasti terbit dalam sanubari..perasaan tidak sempat mengenal tuhan yang hakiki..merupakan satu perasaan yang susah untuk di gambari.

Blog ini saya wujudkan bukanlah kerana ingin mencari populariti tetapi saya ingin berkongsi. Ilmu itu perlu di pelajari dan juga di kongsi kan? saya tahu saya tidak lah layak untuk menasihati dan menengur orang lain..kerana allah pun telah berfirman,

"mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikkan sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, sedangkan kamu membaca kitab (taurat). Tidakkah kamu mengerti? -(Al-Baqarah:44)

Oleh itu, marilah sama-sama kita belajar dan sama-sama kita berkongsi. Bersama-sama melalui perjalanan mencari Illahi. Insyaallah..