Kebelakangan ini saya lihat terlampau banyak sangat maksiat-maksiat yang berlaku di Malaysia. Ohh..bukan sahaja Malaysia, tetapi satu dunia! Astagfirullah..saya berasa kecewa dan terkilan kerana kebanyakkan remaja yang melakukan maksiat itu adalah dari kalangan kaum kerabat saya..saudara se-islam saya. Apakah mereka tahu akan larangan allah? Apakah mereka betul-betul ISLAM ataupun ataupun hanya ISLAM keturunan sahaja? Allah telah memberi kita banyak pengajaran dari kaum-kaum yang terdahulu. Tidak sedarkah mereka yang allah itu Maha melihat lagi Maha mengetahui?
Apakah yang membuat penduduk bumi ditenggelamkan pada zaman nabi Nuh a.s sehingga air sampai ke gunung? Malah anak nabi Nuh sendiri turut lemas ditenggelami air kerana tidak dapat diselamatkan oleh bapanya.
Apakah yang menyebabkan umat nabi Hud a.s (kaum a'd) di pukul angin taufan yang dahsyat sehinga mereka tercampak dan mai bertebaran di permukaan bumi?
Apakah yang mengangkat kampung-kampung kaum Luth sehingga suara salakan anjing dapat di degar oleh malaikat di langit? Lalu allah membalikkan mereka dan menurunkan hujan atu untuk menghancurkan mereka?
Apakah yang menyebabkan kaum nabi Suib a.s. ditimpa azab yang berupa gumpalan awan tebal dan apabila sampai di atas kepala mereka ia mengeluarkan api yang panas?
Semuanya adalah kerana dosa-dosa mereka. Mereka ingkar akan suruhan allah. Mereka ingkar akan ajaran nabi-nabi yang terdahulu. Apakah kita juga mahu seperti itu? Kita mahu allah murka, kita mahu allah turunkan azab, kita mahu allah hancurkan umat kita dahulu barulah kita mahu pulang ke jalannya? Sedarlah wahai rakan-rakanku...
Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud;
Sudah jelas lagi bersuluh, allah mahu kita jadikan kisah-kisah kaum terdahulu sebagai iktibar. Sudah jelas, allah itu maha berkuasa. Keengganan kita mensyukuri nikmat, akan mengakibatkan hilangnya nikmat itu. Sedarlah saudaraku, masa yang diberikan sudah tidak lama. Takkanlah kita mahu kepala cecah lutut barulah kita ingin berubah? Kita ingin bertaubat?

No comments:
Post a Comment