Friday, 21 October 2011

Perjalanan pulang..

Assalammualaikum..
dulu saya sama seperi gadis pasca merdeka yang lain. Yang sukakan hiburan semata-mata, yang sukakan nikmat hidup di dunia. yang lalai akan tanggungjawab sebagai umatnya. Ramai berkata dunia ini masih muda, ramai berkata dunia akhir zaman masih belum tiba dan ramai juga yang berkata bahawa kita perlulah berfoya-foya untuk hidup bahagia. Saya terpengaruh dan leka.,.sehinggakan suatu hari, seorang hamba allah datang kepadaku dan berkata "awak dah sedia nak masuk neraka ke?". Lidah terkelu, mulut terdiam, hati rasa pilu..Tak tahu kenapa, hati rasa nak luruh..

Kini, saya sedar. I need to change. I learn one quote yang dah merubah segala-galanya. "The man who decide to change on twelve dies on eleventh". Satu quote yang dah sedarkan saya, seseorang yang berhajat ingin berubah on twelve mati pada pukul sebelas. Perasaan menyesal sudah pasti terbit dalam sanubari..perasaan tidak sempat mengenal tuhan yang hakiki..merupakan satu perasaan yang susah untuk di gambari.

Blog ini saya wujudkan bukanlah kerana ingin mencari populariti tetapi saya ingin berkongsi. Ilmu itu perlu di pelajari dan juga di kongsi kan? saya tahu saya tidak lah layak untuk menasihati dan menengur orang lain..kerana allah pun telah berfirman,

"mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikkan sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, sedangkan kamu membaca kitab (taurat). Tidakkah kamu mengerti? -(Al-Baqarah:44)

Oleh itu, marilah sama-sama kita belajar dan sama-sama kita berkongsi. Bersama-sama melalui perjalanan mencari Illahi. Insyaallah..





No comments:

Post a Comment